SEMAKAN SARA EKASIH 2025 : CHECK NAMA PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Sistem eKasih telah diperkenalkan dalam menangani isu kemiskinan di Malaysia. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Melalui pendaftaran eKasih, pemohon yang lulus akan berpeluang untuk mendapatkan
pelbagai bentuk inisiatif bantuan tambahan kerajaan terutamanya bantuan dari
segi ekonomi.
Bagaimanakah semakan sara eKasih 2025? Ikuti info dan maklumat lanjut di bawah untuk lebih lanjut.
BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN EKASIH 2025
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan Program SARA eKasih 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR JUMLAH BANTUAN SARA
Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah eKasih 2025 bagi setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan:
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR BANTUAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Seterusnya, pembayaran bantuan eKasih adalah secara ansur serta berperingkat
mengikut negeri seperti di bawah:
KATEGORI KELAYAKAN | TARIKH BANTUAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS SARA EKASIH 2025
Kemudiannya, untuk membuat semakan status sebagai penerima bantuan Sara pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti
berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]