SEMAKAN MYKASIH SARA : 2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN MYKASIH SARA : 2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan di mana penyalurannya adalah secara bulanan dan melalui MyKad penerima. Hal ini supaya penerima dapat menggunakannya di kedai-kedai runcit yang berdaftar untuk membuat pembelian barangan asas seperti makanan dan kelengkapan diri.

Bagaimanakah semakan MyKasih SARA? Ikuti maklumat terkini dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN STR FASA 2

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan berikut adalah kriteria penerima bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH SARA 2025

Dua pautan rasmi dibawah boleh digunakan untuk membuat semakan status penerima bantuan:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Berikut merupakan jumlah bantuan yang disalurkan kepada penerima mengikut kategori:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

SEMAKAN TARIKH PENGKREDITAN MYKASIH SARA 2025

Penyaluran bantuan adalah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan pengumuman tarikh yang dihebahkan:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Kaedah yang digunakan untuk saluran bantuan adalaha seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment