SEMAKAN MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS (BANTUAN SARA)
Ramai yang memberi respon positif terhadap penyaluran sumbangan pada tahun 2024. Oleh itu, Kerajaan Madani telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan Sara di bawah Program MyKasih pada tahun 2025 dengan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima baharu berbanding tahun 2024 hanya
disasarkan kepada 0.7 juta penerima sahaja.
Bagaimanakah semakan MyKasih 2025? Sila ikuti panduan dan info di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN STATUS FASA 1 2025
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan Program MyKasih 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Pembayaran bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH
Seterusnya, pembayaran bantuan MyKasih adalah secara ansuran serta berperingkat mengikut negeri penerima adalah seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025
Untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara MyKasih 2025, individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini supaya memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]