SARA FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN (RM1200 & RM900 & RM600)

SARA FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN (RM1200 & RM900 & RM600)

SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.

Bagaimanakah SARA Fasa 1 2025? Ikuti maklumat dan panduan di bawah dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS EKASIH 2025 (RM100 SETIAP BULAN)

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Syarat kelayakan bagi penerima bantuan SARA 2025 adalah seperti senarai berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 adalah berdasarkan setiap kategori seperti yang telah disenaraikan:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN (RM)
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 1,200
Warga Emas : RM 1,200
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN SARA FASA 1

Seterusnya, tarikh pembayaran bantuan SARA 2025 adalah secara ansuran serta berperingkat mengikut negeri yang didaftar oleh penerima:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS SARA FASA 1 2025

Seterusnya, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025 boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:

Leave a Comment