SEMAKAN MENGUNDI (DAFTAR PEMILIH)
Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih kerajaan untuk memerintah. Ini juga merupakan satu tanggungjawab besar masyarakat apabila tiba musim pilihanraya. Walaubagaimanapun, anda perlu mendaftar sebagai pemilih terlebih dahulu sebelum mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Pihak SPR sedia untuk mendaftarkan anda sebagai pemilih.
Tarikh untuk semakan kelayakan mengundi bermula pada 21 Ogos 2024 sehingga 19 September 2024.
Bagaimanakah semakan mengundi? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN ZAKAT SABAH (CHECK 2024 ONLINE)
SEMAKAN SYARAT MENGUNDI
Pemilih mestilah menepati beberapa syarat berikut bagi melayakkan diri untuk mengundi.
- Seorang warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan
- Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
DAFTAR PEMILIH
Pendaftaran baharu pemilih boleh dibuat secara online melalui portal MySPR. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran pemilih biasa dan pengundi tidak hadir:
- Layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login.
- Klik pada butang [Permohonan Akaun Baharu].
- Lengkapkan maklumat diri dengan maklumat yang betul.
- Kemudian, masukkan kata laluan baharu dan sahkan.
- Muat naik gambar swafoto anda bersama MyKad/Kad Kuasa Polis/MyTENTERA.
- Masukkan kod captcha dan tandakan [/] di bahagian deklarasi bahawa anda telah mengemukakan maklumat yang benar dan tepat.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar] untuk menghantar permohonan.
- Mesej permohonan diterima akan dipaparkan pada skrin.
- Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Sekiranya tiada e-mel di bahagian inbox, sila semak di bahagian spam.
- Selesai.
Namun begitu, pendaftaran pemilih juga boleh dibuat secara manual seperti berikut:
PEMILIH BIASA
- Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran.
- Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
- Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul sebelum menurunkan tandatangan.
- Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati.
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.
PENGUNDI TIDAK HADIR
Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM.
- Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP.
- Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
- Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan.
- Pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul sebelum menurunkan tandatangan.
- Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati.
- Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
SEMAKAN MENGUNDI
Selepas membuat permohonan, semak status daftar pemilih seperti di bawah:
- Layari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/.
- Masukkan MyKad atau No. perkhidmatan bagi anggota tentera.
- Masukkan captcha.
- Klik butang [Semak].
- Paparan status daftar pemilih akan ditunjukkan sama ada layak atau tidak.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang maklumat lanjut, boleh terus berhubung dengan pihak SPR di:
- Laman web : https://www.spr.gov.my/.
- No. Telefon : 03-8892 7200
- No. Faks : 03-8892 7001