LOGIN RAYUAN UPU ONLINE (PERMOHONAN & SEMAKAN)
Terkini! Keputusan UPU telah keluar pada 6 September 2024 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Para pemohon lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma / Setaraf yang memohon kemasukan ke IPTA boleh membuat semakan keputusan. Semakan ini dibuka sehingga 15 September (Ahad) jam 5.00 petang. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan kali ini. Oleh yang demikian, permohonan rayuan dibuka kepada pemohon untuk kemasukan kedua bagi sesi 2024/2025.
Bagaimanakah login rayuan UPUONLINE? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAK ISMP KPM 2024 : BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
TARIKH RAYUAN UPU
Rayuan UPU hanya boleh dilakukan kepada pemohon yang tidak berjaya. Permohonan penukaran kos pengajian tidak dibenarkan dalam sistem UPU.
Rayuan boleh dibuat sebaik sahaja keputusan UPU dihebahkan, iaitu pada 6 September 2024 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 15 September (Ahad) jam 5.00 petang. Tempoh rayuan akan diberikan selama 10 hari.
LOGIN RAYUAN UPU ONLINE
Rayuan UPU boleh dibuat secara online melalui portal UPU yang telah disediakan. Berikut merupakan panduan untuk rayuan:
- Layari pautan : PORTAL RASMI RAYUAN UPU.
- Notis UPU akan dipaparkan.
- Alih ke bawah dan klik [UPU Online].
- Kemudian, masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang betul untuk login.
- Tekan butang [Log Masuk].
- Paparan permohonan rayuan akan ditunjukkan.
- Selesai.
Setelah selesai membuat permohonan rayuan, tarikh semakan keputusan akan dihebahkan dan diumumkan dari semasa ke semasa.
Bagi pemohon yang berjaya dalam UPU dan rayuan, tarikh kemasukan untuk pengajian sidang akademik baharu telah dimaklumkan seperti di bawah:
- Pendaftaran Pelajar Baharu : Minggu ke-4 September 2024
- Pendaftaran Pelajar Baharu (Rayuan) : Minggu ke-2 Oktober 2024
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan berdasarkan perkara di atas, sila berhubung terus dengan pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat terkini berdasarkan sumber rujukan dari laman web rasmi. Tujuannya adalah untuk memudahkan carian pengguna ke atas info yang dikongsikan.
- No. Telefon : 03–8684 2363
- Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- E-mel : [email protected]
When is the str 4