SEMAKAN STATUS PERJALANAN (LHDN & IMIGRESEN)
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Imigresen telah menguatkuasakan sekatan perjalanan terhadap individu yang namanya telah disenaraihitam atas faktor-faktor tertentu. Oleh yang demikian, semakan status perlu dibuat terlebih dahulu sebelum merancang perjalanan ke luar negara. Ini dapat melancarkan perjalanan anda tanpa sebarang halangan dan mengelakkan sebarang kerugian.
Bagaimanakah semakan status perjalanan LHDN & IMIGRESEN? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : STR 2024 SEMAKAN STATUS (FASA 4)
SEMAKAN STATUS PERJALANAN
Beberapa faktor yang mendorong individu untuk membuat semakan sebelum melancong. Semakan dibuat kerana dikhuatiri nama telah disenaraihitam oleh sebab-sebab berikut:
- Jenayah dan seumpamanya.
- Pembayar cukai gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan.
- Peminjam PTPTN yang culas membayar kembali pinjaman PTPTN.
Semakan sekatan perjalanan boleh dibuat melalui halaman Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia secara online sahaja. Berikut merupakan panduan untuk semak status sekatan perjalanan:
- Layari pautan https://sspi.imi.gov.my/SSPI/.
- Masukkan No. kad pengenalan dengan betul.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Hasil semakan akan dipaparkan pada skrin.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN CUKAI
Bayaran cukai boleh dibuat secara online selain bayar di kaunter LHDN atau mesin ATM. Berikut adalah semakan kaedah serta cara bayaran cukai:
- Layari pautan https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/bayaran/kaedah-pembayaran/ atau https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/.
- Pilih kaedah bayaran.
- Pilih jenis pengenalan.
- Kad pengenalan baru
- Nombor pengenalan cukai (TIN)
- Pasport
- Polis
- Tentera
- Kemudian, masukkan no. pengenalan yang dipilih.
- Masukkan kod keselamatan dengan betul.
- Lengkapkan tahun taksiran tunggakan cukai dan kod/jenis bayaran.
- Masukkan amaun cukai.
- Klik [Teruskan] dan seterusnya proses pembayaran.
- Selesai.
Bagi yang gagal membuat bayaran baki cukai tertunggak, pembayar cukai boleh menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai untuk membuat rundingan bayaran ansuran.
RUJUKAN
Sebarang maklumat atau informasi lanjut berkenaan sekatan perjalanan dan cara bayaran cukai serta pinjaman, boleh rujuk di bawah:
- Laman web : https://www.hasil.gov.my/
- Hotline LHDN : 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara)
- Talian Careline PTPTN : 03-2193 3000