SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP : SEMAK STATUS 2025 (RM1200 & RM900 & RM600)
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah program kerajaan yang telah ditambah baik menjadi bantuan subsidi hanya bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
“Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI,” kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanakah semakan bantuan sara hidup? Sila ikuti info serta maklumat tambahan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN SKAS 2025
SYARAT KELAYAKAN
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan Program Bantuan SARA 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA
Kadar bayaran yang disalurkan kepada penerima adalah berdasarkan kategori kelayakan yang diluluskan seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN
Kemudian, pembayaran bantuan SARA ini adalah secara ansur serta berperingkat seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP
Seterusnya, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Baik