SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 BULANAN)

SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 BULANAN)

Penyaluran bantuan SARA ke dalam MyKad penerima akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya disalurkan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Hal ini merupakan penambahbaikan yang dilakukan daripada tahun lalu, yang mana dulu penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun sahaja kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanakah semakan bantuan eKasih 2025? Sila rujuk dibawah untuk mengetahui info semasa yang terkini.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN SARA

SYARAT KELAYAKAN EKASIH

Beberapa syarat ada dikenakan untuk menerima bantuan SARA eKasih ini. Syarat-syaratnya adalah seperti dibawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN KADAR BANTUAN EKASIH

Amaun bantuan yang diberikan untuk setiap kategori adalah berbeza. Rajah dibawah adalah menunjukkan jumlah Sumbangan Asas Rahmah diberi untuk setiap kategori:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

SEMAKAN TARIKH BAYARAN

Tarikh rasmi bayaran bagi kategori isi rumah miskin dan miskin tegar eKasih sudah diumumkan baru-baru ini iaitu pada 15 Januari 2025, Rabu. Pembayaran ini adalah secara bulanan. Untuk tarikh bagi kategori yang lain akan kami kemaskini sejurus dihebahkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Anda boleh rujuk rajah dibawah untuk semakan:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

KAEDAH PENGKREDITAN

Penyaluran bagi bantuan SARA ini adalah secara bulan dan menggunakan kaedah tanpa tunai yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima masing-masing.

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI dimasukkan ke MyKad (IC) penerima, untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH

Penerima boleh melakukan semakan status dengan melayari dua portal rasmi yang ditunjukkan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment