SEMAK BANTUAN BTR (FASA 3)
Pengagihan STR Fasa 2 telah bermula 24 Mac 2025 lalu untuk penerima sedia ada manakala mulai 27 Mac 2025 adalah untuk penerima baharu atau rayuan. Kemudian, agihan Fasa 3 akan menyusul untuk fasa ketiga STR sesi tahun ini.
Bagaimanakah semak bantuan btr? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : MYSTR SEMAKAN STATUS (2025 FASA 3)
SEMAK KADAR BTR
Bantuan yang diberikan kepada masyarakat adalah berdasarkan pendapatan dan kategori. Sekiranya pemohon menepati semua syarat setiap kategori, pemohon layak menerima kadar bantuan untuk Fasa 3 seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 200 – RM 700
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 150 – RM 350
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
Bujang 21 ke 59 Tahun
- RM 150
TARIKH SEMAK BTR
Bantuan Tunai Rakyat bagi Fasa 3 belum diketahui tarikh tetap. Namun, pemberian dianggarkan pada bulan Julai atau Ogos akan datang. Setiap pindaan atau hebahan berkenaan tarikh penting Fasa 3 akan dimaklumkan dengan segera oleh pihak kerajaan secara rasmi. Semakan BTR boleh dibuat dalam tempoh tarikh yang telah dimaklumkan.
Pemohon baharu yang ingin membuat permohonan BTR boleh memohon di portal rasmi sepanjang tahun 2025. Untuk Fasa 3, tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2025.
SEMAK BANTUAN BTR
Status kelayakan dan bayaran Bantuan BTR boleh disemak seperti berikut:
- Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon yang ingin mengemaskini maklumat peribadi juga boleh log masuk STR seperti di atas. Individu yang perlu membuat pengemaskinian ialah:
- Tidak mengemaskini permohonan 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2024.
- Penerima STR 2024 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas telah dirujuk daripada portal yang sahih. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan palsu bagi mengelakkan perkongsian data peribadi kepada scammer.
Untuk info lanjut atau hebahan berkenaan BTR, boleh rujuk di:
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]