BANTUAN TUNAI RAKYAT (2025 FASA 3 SEMAK)
MySTR 2025 telah pun selasai untuk Fasa 2 pengagihan. Kemudian, agihan Fasa 3 akan menyusul untuk sesi ketiga STR tahun ini. Segala makluman baharu akan dihebahkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib di laman MySTR sebagai rujukan masyarakat.
Sebarang makluman atau perkongsian maklumat peribadi daripada laman web yang meragukan hendaklah diabaikan. Ini bagi menjaga maklumat peribadi anda daripada tersebar kepada individu tidak bertanggungjawab.
Apakah bantuan tunai rakyat? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : MYSTR SEMAKAN STATUS (2025 FASA 3)
TARIKH BAYARAN
Bantuan Tunai Rakyat bagi Fasa 3 belum diketahui tarikh tetap. Namun, pemberian dianggarkan pada bulan Julai atau Ogos akan datang. Setiap pindaan atau hebahan berkenaan tarikh penting Fasa 3 akan dimaklumkan dengan segera oleh pihak kerajaan secara rasmi.
Pemohon baharu yang ingin membuat permohonan BTR Fasa 3, boleh mula memohon di portal rasmi sehingga 30 Jun 2025.
KADAR BANTUAN TUNAI RAKYAT
Bantuan yang diberikan kepada masyarakat adalah berdasarkan pendapatan dan kategori. Sekiranya pemohon menepati semua syarat setiap kategori, pemohon layak menerima kadar bantuan untuk Fasa 3 seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 200 – RM 700
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 150 – RM 350
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
Bujang 21 ke 59 Tahun
- RM 150
SEMAK BANTUAN TUNAI RAKYAT
Semakan bantuan untuk Fasa 3 boleh dibuat sekiranya tarikh tetap pengagihan diumumkan. Berikut merupakan cara semakannya:
- Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas telah dirujuk daripada portal yang sahih. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan palsu bagi mengelakkan perkongsian data peribadi kepada scammer.
Untuk info lanjut atau hebahan berkenaan BTR, boleh rujuk di:
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]