PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP KPM 2024)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sukacitanya mempelawa para graduan Ijazah Sarjana Muda tanpa Pendidikan untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan. KPM telah memperkenalkan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Para graduan boleh mula membuat permohonan PDPP 2024 ini.
Bagaimanakah permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan KPM 2024? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR (PDF 2024)
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024, iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.
- Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50; atau
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).
TARIKH PERMOHONAN
Pemohon program ini boleh membuat permohonan bermula 13 Ogos ( jam 10.00 pagi) hingga 19 Ogos 2024 ini. Permohonan akan ditutup pada 19 Ogos 2024 pada jam 11.59 malam.
PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
Semak langkah-langkah permohonan PDPP 2024 di sini:
- Sila layari laman sesawang rasmi KPM di : https://mypdpp.moe.gov.my/PD/
- Pemohon baharu boleh mendaftar terlebih dahulu di [Daftar Permohonan Baru] untuk mendapatkan kata laluan sebelum Log Masuk.
- Setelah mendapatkan kata laluan, pemohon diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang betul.
- Tekan butang [Hantar] untuk Log Masuk.
- Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membaca syarat-syarat permohonan yang telah dikemukakan oleh KPM.
- Pemohon perlu mengisi segala maklumat yang diminta dengan betul.
- Kemudian, pemohon perlu membuat pengesahan agar maklumat yang diisi adalah benar dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
- Apabila permohonan berjaya dihantar, pemohon akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang maklumat lanjut serta kekeliruan mengenai permohonan PDPP KPM, boleh rujuk di:
- Laman Web Rasmi : https://mypdpp.moe.gov.my/
- No. Fax : 03-8312 6655
- No. Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733