CARA MOHON PDPP KPM : DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN KPM 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sukacitanya mempelawa para graduan Ijazah Sarjana Muda tanpa Pendidikan untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan. KPM telah memperkenalkan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Para graduan boleh mula membuat permohonan PDPP 2024 ini.
Bagaimanakah cara mohon PDPP KPM? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN SBP 2025 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
PENGENALAN PDPP KPM
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PDPP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
TARIKH PERMOHONAN
Pemohon program ini boleh membuat permohonan bermula 13 Ogos ( jam 10.00 pagi) hingga 19 Ogos 2024 (jam 11.59 malam).
SYARAT MOHON PDPP KPM
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024, iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.
- Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50; atau
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/CGPA minimum 2.50.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).
CARA MOHON PDPP KPM
Ikuti cara-cara mohon PDPP KPM seperti berikut:
- Sila layari laman sesawang rasmi KPM di : https://mypdpp.moe.gov.my/PD/
- Pemohon baharu boleh mendaftar terlebih dahulu di [Daftar Permohonan Baru] untuk mendapatkan kata laluan sebelum Log Masuk.
- Setelah mendapatkan kata laluan, pemohon diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang betul.
- Tekan butang [Hantar] untuk Log Masuk.
- Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membaca syarat-syarat permohonan yang telah dikemukakan oleh KPM.
- Pemohon perlu mengisi segala maklumat yang diminta dengan betul.
- Kemudian, pemohon perlu membuat pengesahan agar maklumat yang diisi adalah benar dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
- Apabila permohonan berjaya dihantar, pemohon akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
- Pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh rujuk pihak berwajib seperti berikut:
- Laman Web Rasmi : https://mypdpp.moe.gov.my/
- No. Fax : 03-8312 6655
- No. Telefon Pejabat : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733