PERMOHONAN MRSM 2025 ONLINE (TINGKATAN 1 & 4)

PERMOHONAN MRSM 2025 ONLINE (TINGKATAN 1 & 4)

Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) telah menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa. Program ini telah disediakan oleh MARA kepada calon-calon yang memiliki jati diri dan sahsiah yang cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Bagaimanakah permohonan MRSM 2025 online? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : STR FASA 3 2024 TARIKH BAYARAN (SEMAK)

PENGENALAN TENTANG MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan perubahan diumumkan sebelum ini, tidak diguna pakai selepas perbincangan bersama wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Saya hendak tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM dikembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini, bagi memberi peluang semua pelajar memohon.

“Ini bermaksud semua pelajar dari Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM.

PROGRAM YANG DITAWARKAN MRSM 2025

Terdapat enam (6) program yang ditawarkan oleh MRSM, antaranya ialah:

  • Primier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  • Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  • IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  • IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  • Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  • PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

TARIKH PERMOHONAN MRSM 2025

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga kini boleh membuat permohonan MRSM sesi 2025 secara dalam talian bermula 6 Ogos 2024 hingga 6 September 2024. Permohonan ini boleh dibuat melalui portal yang telah disediakan bagi memudahkan calon-calon untuk menyemak status permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon memohon secara dalam talian (online).
  4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.
  5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2012 hingga 1 Jan 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025 atau calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.

PERMOHONAN MRSM 2025 ONLINE

Ikuti permohonan MRSM bagi tahun 2025 secara online seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi MRSM MARA di pautan ini : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Kemudian, pemohon perlu membaca dengan teliti syarat dan memahami semua maklumat yang dilampirkan.
  3. Klik pada PERAKUAN PERMOHONAN [/].
  4. Seterusnya, klik pada butang [SETUJU].
  5. Pilih [Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1].
  6. Bagi pemohon yang baharu, sila klik pada [Daftar Pengguna] terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.
  7. Setelah mendapatkan kata laluan, pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Sila lengkapkan semua maklumat pemohon, ibu bapa & penjaga, maklumat pendapatan keluarga, maklumat pilihan program dan pilihan pusat ujian.
  10. Kemudian, tandakan [/] pada bahagian Perakuan bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar.
  11. Klik pada butang [Hantar].
  12. Pemohon akan menerima paparan mesej ‘permohonan telah berjaya dihantar’.
  13. Seterusnya, klik pada butang [Cetak] bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MRSM MARA. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut:

Leave a Comment