PERMOHONAN DERMASISWA B40 2024
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2024. JPA memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang diberikan untuk memohon Program Dermasiswa B40 (DB40) ini. Program ini dilakukan bagi membantu pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Bagaimanakah permohonan Dermasiswa B40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA: PERMOHONAN MRSM ONLINE (TINGKATAN 1 & 4)
PENGENALAN PROGRAM DERMASISWA B40
Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
Bagi tahun 2024, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA)dan Politeknik yang dikenal pasti.
TARIKH PERMOHONAN DERMASISWA B40 2024
Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 5 Ogos (jam 2.00 petang) hingga 18 Ogos 2024 (jam 5.00 petang).
SYARAT UMUM DERMASISWA B40
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
- Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
- Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
- Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
- Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.
SYARAT KHUSUS
- Menduduki SPM 2023 dan mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana tiga subjek lain yang diambil.
- Telah mendapat tawaran di institusi pengajian tersebut.
PERMOHONAN DERMASISWA B40
Ikuti permohonan Dermasiswa B40 secara online seperti berikut:
- Sila layari Portal Rasmi JPA di pautan ini : https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/.
- Klik pada [Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2024].
- Kemudian, pemohon perlu membaca syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
- Bagi pemohon baharu, sila klik pada [Daftar] untuk mendaftar dan mendapatkan kata laluan terlebih dahulu.
- Seterusnya, pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang betul untuk log masuk.
- Sila lengkapkan semua maklumat yang diminta dan pastikan maklumat yang diberikan adalah benar.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JPA. Sekiranya pemohon mempunyai sebarang lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui:
Laman Web Rasmi JPA : https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/