PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SESI 2025)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SESI 2025)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus bagi sesi 2025 telah dibuka. Permohonan dibuka khas untuk kemasukan calon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2025. Sekolah Khusus ini terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Bagaimanakah permohonan kemasukan sekolah khusus? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN MRSM ONLINE TINGKATAN 1 & 4

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

TARIKH PERMOHONAN

KPM telah mengeluarkan tarikh-tarikh penting permohonan sebagai rujukan. Pemohon boleh membuat permohonan bermula daripada 1 Ogos sehingga 8 September 2024. Tarikh semakan pusat PKSK adalah seperti berikut :

  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 13 September – 17 Oktober 2024
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 13 September – 3 Oktober 2024

SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar dalam sistem APDM KPM
  3. Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2024
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2012 – 1 Januari 2013
  4. Murid Tingkatan 3 Sesi 2024
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS

Ikuti langkah permohonan seperti berikut :

  1. Sila akses pautan https://spskt1.moe.gov.my/ bagi permohonan Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my/ bagi permohonan Tingkatan 4 atau Tahun 1 SVM.
  2. Pemohon dikehendaki membaca panduan permohonan terlebih dahulu.
  3. Kemudian, sila klik pada [Borang Permohonan].
  4. Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan diri dan nombor kad penegenalan penjaga utama dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Pastikan segala maklumat yang diisi adalah benar dan cetak borang permohonan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KPM. Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :

Leave a Comment