MYSTR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS

MYSTR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS

Kerajaan baru-baru ini ada mengumumkan tarikh rasmi untuk pengkreditan bantuan kepada penerima STR 2025 untuk fasa 2. Sebanyak hampir RM8 bilion peruntukan yang disediakan pada kali ini bagi membantu meringankan beban 8.7 juta penerima yang terdiri daripada rakyat dewasa Malaysia.

Bagaimanakah MySTR fasa 2? Ikuti penjelasan selanjutnya dibawah.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI STATUS

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Beberapa syarat dibawah adalah untuk penerima yang betul-betul berkelayakan seperti berikut bagi menerima bantuan ini:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN MYSTR FASA 2 2025

Pembayaran jumlah bantuan kepada penerima adalah berbeza bergantung kepada kategori penerima tersebut:

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN STR FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM150 – RM650
(Bergantung jumlah anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
RM100 – RM300
(Bergantung jumlah anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Penerima akan menerima bantuan yang disalurkan seperti berikut:

KAEDAH PENERIMAANTARIKH BAYARAN STR FASA 2
Tunai di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)
Kredit dalam akaun bank penerima24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYSTR FASA 2

Status penerima boleh disemak dengan merujuk langkah-langkah dibawah:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment