BANTUAN SABAH 2025 RM300 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN SABAH 2025 RM300 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Sabah menunjukkan jurang yang ketara bagi kadar kemiskinan tegar jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Hal ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Sabah telah mewujudkan pelbagai inisiatif serta bantuan bagi membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini.

Apakah bantuan Sabah 2025 rm300? Ikuti penjelasan dibawah untuk mengetahui info-info serta maklumat yang selanjutnya.

BACA JUGA: BANTUAN SARA HIDUP 2025

APA ITU BANTUAN SABAH 2025

Belanjawan Sabah 2025 telah membentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, mengenai bantuan Khas untuk Rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat yang melibatkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.

Bantuan khas ini adalah bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup dan mengurangkan krisis kewangan yang dihadapi oleh golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Pengagihan bantuan adalah secara bulanan sebanyak RM300 untuk tempoh setahun kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang berstatus miskin dan miskin tegar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Terdapat beberapa syarat dikemukakan kepada penerima agar bantuan yang disalurkan adalah kepada yang berkelayakan seperti dibawah:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

KADAR JUMLAH BANTUAN

Bantuan yang diberikan kepada rakyat Sabah yang daripada golongan miskin dan miskin tegar adalah berjumlah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM300
(Sebulan)

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300

Penerima bantuan akan mendapat manfaat bantuan ini adalah pada:

BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan Sabah dijangka akan dilaksanakan bermula pada Februari 2025.

Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan kelak, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH 2025 RM300

Setakat ini, maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan masih belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment