BANTUAN MYKAD : SEMAKAN STATUS 2025 KELAYAKAN (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Umum sudah maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan bantuan SARA dan STR bagi tahun 2025 akan masih diteruskan dengan sedikit kecekapan berbanding tahun lalu.
Penambahbaikan yang dilakukan adalah daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi setakat ini iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Bagaimanakah bantuan MyKad? Sila ikuti info serta maklumat dibawah bagi ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI LOGIN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD
Penerima haruslah mempunyai kelayakan yang sepatutnya untuk menerima bantuan ini. Kelayakannya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KADAR BAYARAN DALAM MYKAD
Bayaran yang akan dikreditkan adalah sebanyak RM200, RM100, RM50 untuk sebulan sehingga mencukupi amaun yang diperuntukkan oleh kerajaan selama setahun. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui amaun yang disalurkan:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SARA 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD
Baru-baru ini Kementerian Kewangan telah mengumumkan tarikh pembayaran untuk penerima kategori miskin dan miskin tegar dalam eKasih adalah bermula 15 Januari 2025, Rabu. Untuk kategori lain, boleh rujuk rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA 2025 |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN BANTUAN MYKAD
Anda boleh rujuk panduan dibawah untuk ketahui cara membuat semakan secara dalam talian:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah diperoleh daripada Portal Rasmi MyKasih supaya memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]