BAYARAN STR 2025 : (FASA 1) SEMAKAN STATUS
Menjelang tahun 2025, segelintir rakyat yang telah memohon bantuan STR sedang menantikan khabar berita daripada kerajaan mengenai tarikh bayaran STR 2025 Fasa 1.
Berdasarkan Belanjawan 2025, Kerajaan memaklumkan akan berikan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan peningkatan tertinggi pada iaitu sebanyak RM13 bilion berbanding tahun 2024 hanya RM10 bilion.
Bagaimanakah bayaran STR 2025? Ikuti informasi dan panduan di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: SARA FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN (RM1200 & RM900 & RM600)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Anda boleh semak syarat kelayakan bagi permohonan bantuan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Seterusnya, jumlah bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk setiap kategori adalah seperti rajah di bawah:
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BANTUAN STR |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
TARIKH DAN KAEDAH PEMBAYARAN STR 2025
Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.
Kaedah pembayaran STR 2025 bagi penerima bantuan yang berstatus lulus pula adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
- Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2025
Panduan di bawah boleh dirujuk untuk membuat semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 secara online.
- Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Selain itu juga, anda boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]