STR 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS FASA 3

STR 2026 ONLINE : SEMAKAN STATUS FASA 3

Fasa ketiga bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 kini memasuki fasa pembayaran tidak lama lagi. Bagi memastikan anda tidak terlepas pandang, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membuka sistem semakan status kelayakan secara atas talian. Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah demi langkah semakan kelayakan bagi menerima bantuan STR 2026 Fasa 3 secara online dan pelbagai info yang berkaitan.

Bagaimanakah STR 2026 online? Sila ikuti maklumat yang disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAK STATUS SARA 2026

TARIKH RASMI STR FASA 3 2026

Sehingga kini, pihak Kementerian Kewangan belum lagi mengumumkan tarikh rasmi STR 2026 bagi Fasa 3. Sebarang makluman terkini, akan kami kemas kininya di sini.

PENDAFTARAN BAHARU AKAUN MYSTR 2026

Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran baharu akaun MySTR 2026 bagi mendapatkan maklumat bantuan yang tepat dan sesuai mengikut kelayakan peribadi anda. Berikut caranya:

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. Klik butang (Semak).
  6. Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. Selesai.

SEMAKAN STATUS STR 2026 ONLINE

Sejurus mendaftar akaun baharu, anda boleh semak status kelayakan STR 2026 anda secara online menerusi panduan berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan Str
    • Jumlah Telah Dibayar
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
    • Status Kelayakan SARA
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
    • Perubahan Maklumat Permohonan
    • Cetak Permohonan
    • Semakan Permohonan
    • Kemas Kini Maklumat Asas
    • Tukar Kata Laluan
    • Maklumbalas
    • Peti Mel
  12. Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Jumlah bayaran STR 2026 adalah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2026
(SETAHUN)
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM600
Bujang

KADAR BANTUAN STR FASA 3 2026

Kadar bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN STR 2026
(FASA 3)
Isi Rumah berpendapatan
RM2,500 dan ke bawah
Belum Diumumkan
Isi Rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang

JADUAL RASMI STR 2026

Bantuan STR 2026 diagihkan secara berperingkat. Sila rujuk jadual rasmi di bawah:

PERINGKATJADUAL RASMI
STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Belum Diumumkan
Fasa 4

RUJUKAN

Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment