STR 2026 SEMAKAN STATUS : FASA 3
Terdapat banyak permohonan daripada rakyat bagi mendapatkan bantuan STR 2026. Walau bagaimanapun, hanya golongan yang menepati syarat kelayakan sahaja yang berhak memperolehnya. Sehubungan itu, semakan status menjadi keperluan penting bagi mengetahui sama ada pemohon tersebut layak menerima atau tidak.
Bagaimanakah STR 2026 semakan status? Sila ikuti maklumat terkini yang disediakan di bawah.
BACA JUGA: KEMASKINI STR : BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
TARIKH MASUK BAYARAN STR FASA 3 2026
Buat masa ini, pihak kerajaan belum lagi mengeluarkan tarikh rasmi masuknya bayaran STR 2026 bagi Fasa 3. Sebarang berita terkini, akan kami muatkannya di sini.
AMAUN BAYARAN STR FASA 3 2026
Amaun bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah sebanyak:
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR 2026 (FASA 3) |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah | Belum Diumumkan |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | – |
| Warga Emas Tiada Pasangan | – |
| Bujang | – |
STR 2026 DAFTAR AKAUN BAHARU
Bagi meneruskan pelbagai urusan berkaitan STR 2026, pemohon disarankan mendaftar akaun baharu dengan mengikuti langkah berikut:
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
STR 2026 SEMAKAN STATUS
Bagi membuat semakan status STR 2026, ikuti panduan di bawah:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan Str
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
- Perubahan Maklumat Permohonan
- Cetak Permohonan
- Semakan Permohonan
- Kemas Kini Maklumat Asas
- Tukar Kata Laluan
- Maklumbalas
- Peti Mel
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS JUMLAH BANTUAN STR 2026
Jumlah bantuan STR 2026 adalah sebanyak:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 5 & ke atas : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 5 & ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada pasangan) | RM600 |
| Bujang | STR digantikan dengan SARA: RM50 sebulan |
SEMAKAN STATUS JADUAL PENYALURAN BANTUAN STR 2026
Penyaluran bantuan STR 2026 mengikut jadual berikut:
| PERINGKAT | JADUAL PENYALURAN BANTUAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Belum Diumumkan |
| Fasa 4 | – |
INFO LANJUT
Maklumat dan info yang ditulis dalam artikel ini adalah untuk memudahkan carian orang ramai mengenai panduan permohonan STR bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.