SYARAT KEMASUKAN SMKA 2025 : PERMOHONAN ONLINE DI SINI

SYARAT KEMASUKAN SMKA 2025 : PERMOHONAN ONLINE DI SINI

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan khabar gembira untuk calon pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 iaitu kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi sesi 2025 telah dibuka. Ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama boleh membuat permohonan. Pendaftaran permohonan SMKA 2025 dikendalikan secara online sepenuhnya.

Apakah syarat kemasukan SMKA 2025? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP KPM 2024)

PENGENALAN SMKA

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Pelajar-pelajar SMKA bukan sahaja akan mempelajari subjek yang sedia ada, namun ada juga subjek Bahasa Arab sebagai subjek tambahan yang wajib diambil.

SYARAT UMUM KEMASUKAN SMKA

Syarat-syarat umum kemasukan SMKA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid
  • Murid Tahun Enam (6) Sesi 2024/2025
  • Berumur 12 tahun (lahir 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013)

SYARAT KHUSUS KEMASUKAN SMKA

Berikut merupakan syarat-syarat khusus kemasukan SMKA:

  • Mencapai aras toleransi PKSK
  • Berpotensi cemerlang dalam akademik
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Keutamaan kepada murid dengan pencapaian dalam Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab, Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

TARIKH PERMOHONAN SMKA 2025

Bagi calon yang ingin membuat permohonan, tarikh permohonan telah dibuka pada 1 Ogos 2024 dan akan ditutup pada 8 September 2024.

Tarikh-tarikh penting berikut adalah untuk semakan Pusat Pentaksiran Sekolah Khusus:

  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 13 September – 17 Oktober 2024
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 13 September – 3 Oktober 2024

PERMOHONAN ONLINE SMKA

Ikuti langkah-langkah permohonan SMKA secara online:

  1. Sila akses pautan https://spskt1.moe.gov.my/ bagi permohonan Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my/ bagi permohonan Tingkatan 4.
  2. Pemohon dikehendaki membaca syarat kemasukan serta panduan permohonan terlebih dahulu.
  3. Kemudian, sila klik pada [Borang Permohonan].
  4. Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan diri dan nombor kad penegenalan penjaga utama dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Pastikan segala maklumat yang diisi adalah benar dan cetak borang permohonan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh rujuk kepada pihak berwajib:

Leave a Comment