SYARAT KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL : PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2025
Kemasukan ke Kolej Vokasional sesi 2025 telah pun dibuka. Permohonan ini terbuka kepada semua calon yang berminat untuk meyambung pengajian dalam bahagian teknikal atau lebih dikenali sebagai TVET. Sistem pengajian di Kolej Vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
Apakah syarat kemasukan Kolej Vokasional? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : CHECK RAYUAN KPM : SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ PROFESIONAL MARA
SYARAT KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL
Pemilihan ke Kolej Vokasional adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, iaitu syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:
- Calon adalah Warganegara Malaysia.
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
- Calon sihat tubuh badan.
- Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA.
- Calon bebas daripada masalah mental.
- Calon berminat dengan program dipohon.
TARIKH KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL
Calon yang berminat untuk mendaftar ke Kolej Vokasional sudah boleh memohon mulai 1 Ogos hingga 17 September 2024.
Tarikh kemasukan Kolej Vokasional akan dimaklumkan kemudian setelah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dilakukan. Calon dinasihatkan supaya mengambil berat mengenai tarikh-tarikh penting selepas menghantar permohonan.
PERMOHONAN KEMASUKAN KV
Calon boleh membuat permohonan mengikut panduan di bawah:
- Sila akses pautan https://spskt4.moe.gov.my/ bagi permohonan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
- Pemohon dikehendaki membaca panduan permohonan terlebih dahulu.
- Kemudian, sila klik pada [Borang Permohonan].
- Pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan diri dan nombor kad penegenalan penjaga utama dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Pastikan segala maklumat yang diisi adalah benar dan cetak borang permohonan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KPM. Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :
- Laman Web : https://bpltv.moe.gov.my
- No. Telefon : 03-8884 5154
- No. Faks : 03-8889 5047