BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM50 BULANAN)

BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM50 BULANAN)

Program Sumbangan Asas Rahmah ini adalah bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat yang mengalami kesukaran untuk menampung kos sara hidup masa kini. Kini, dengan bantuan ini pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan wang bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.

Kedai yang berdaftar kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024. Penerima boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih dalam kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

Bagaimanakah bantuan barang dapur 2025? Sila ikuti info serta maklumat seterusnya dibawah untuk ketahui lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN SARA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan penerima mestilah menepati syarat untuk menerima bantuan yang telah diperuntukkan. Senarai dibawah adalah dirujuk:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR

Bantuan yang disalurkan ini adalah secara bulanan dan digunakan untuk pembelian barangan asas. Jumlahnya boleh dirujuk dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)
JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)
APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH BAYARAN

Setakat ini, tarikh rasmi bagi penyaluran SARA kategori isi rumah miskin dan miskin tegar telah dihebahkan iaitu 15 Januari 2025, Rabu. Bantuan ini adalah dibayar secara bulanan. Rujuk rajah dibawah untuk rujukan:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR

Anda boleh melakukan semakan status dengan melayari dua pautan seperti ditunjukkan dalam panduan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

2 thoughts on “BANTUAN BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM100 & RM50 BULANAN)”

Leave a Comment