SEMAKAN EKASIH : 2025 CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM1200 & RM900 & RM600)

SEMAKAN EKASIH : 2025 CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM2100 & RM1200 & RM900 & RM600)

Penerima bantuan SARA akan menerima SARA RM100 sebulan mulai Januari 2025 menerusi MyKad masing-masing yang boleh digunakan untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Bermula bulan April pula, bantuan ini akan ditambah kepada RM200 sebulan. Penerima yang layak ini adalah yang disenaraikan sebagai miskin dan miskin tegar untuk isi rumah dalam eKasih.

Bagaimanakah semakan eKasih? Sila teruskan pembacaan untuk ketahui info serta maklumat terkini.

BACA JUGA: BANTUAN MYKAD

SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH

Syarat-syarat dibawah merupakan kemestian untuk kriteria penerima yang layak menerima bantuan SARA 2025 ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN EKASIH

Kadar pemberian bantuan SARA 2025 ini adalah termaktub dalam Belanjawan 2025 yang mana telah dinaik taraf untuk kebaikan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Jumlah sumbangan adalah seperti rajah dibawah:

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH SARA 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA

Seperti yang dihebahkan oleh Kementerian Kewangan, tarikh penyaluran bantuan untuk kategori isi rumah miskin dan miskin tegar adalah bermula pada 15 Januari 2025, Rabu. Bagi kategori yang lain, boleh rujuk rajah dibawah:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
SARA 2025
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN EKASIH

Status kelayakan boleh disemak dengan mengikuti dua panduan dibawah. Sila masukkan maklumat dengan tepat bagi mengelakkan masalah paparan data yang tidak tepat.

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Semua perkongsian informasi ini mengenai bantuan kerajaan di sini adalah untuk memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment