TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN

TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2024 : SEMAKAN

Pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan belanjawan dalam bentuk tunai yang diberikan kepada penerima yang layak memohon berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bantuan tersebut dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia dilaksanakan bagi mengurangkan kos sara hidup kepada penerima yang terpilih di mana saban hari kos semakin meningkat.

Sumbangan Tunai Rahmah ini diagihkan dengan bayaran tertentu secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 telah pun selesai di agihkan kepada semua penerima. Manakala Fasa 3 dan Fasa 4 akan menyusul tidak lama lagi.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4 2024? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Wang STR Fasa 4 2024 dijangka akan diagihkan pada bulan November 2024.

CARA BAYARAN STR FASA 4

Dua (2) kaedah bayaran bantuan STR Fasa 4 2024 adalah seperti berikut:

  • Wang diagihkan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status pengkreditan mereka tidak aktif.

CARA SEMAKAN BAYARAN

Semakan bayaran STR Fasa 4 boleh dilakukan dengan mengikuti langkah di bawah:

  • Sila tekan pautan rasmi untuk check status STR Fasa 4 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  • Pemohon perlu Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan.
  • Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  • Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  • Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  • Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  • Sila klik [Semakan Permohonan].
  • Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
  • Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
    • Tarikh Kredit.
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah Dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank dan No akaun.
  • Selesai.

RUJUKAN

Maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024 boleh dirujuk di:

  • Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel Rasmi : [email protected]

Leave a Comment