TARIKH BAYARAN STR 2026 : FASA 3

TARIKH BAYARAN STR 2026 : FASA 3

Kerajaan telah mengeluarkan statistik bahawa seramai 3.8 bagi kategori Isi Rumah manakala 1.4 juta bagi kategori Warga Emas Tanpa Pasangan telah disahkan layak untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 3 bagi tahun 2026 ini.

Penyaluran pula akan dilakukan pada suku ketiga tahun ini. Penyaluran ini akan dilakukan secara berperingkat. Orang ramai dinasihatkan untuk selalu membuat semakan status terkini di laman rasmi STR.

Bilakah tarikh bayaran STR 2026? Sila ikuti info terkini yang ada dimuatkan di bawah.

BACA JUGA: CHECK SARA 2026

SYARAT KELAYAKAN STR

Syarat kelayakan bagi menerima STR adalah seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

DAFTAR AKAUN MYSTR

Rujuk panduan di bawah untuk mendaftar akaun MySTR:

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. ⁠Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. ⁠Klik butang (Semak).
  6. ⁠Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. ⁠Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. ⁠Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. ⁠Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. ⁠Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. ⁠Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. ⁠Selesai.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026

Cara untuk semak status kelayakan bagi menerima bantuan STR 2026 adalah seperti langkah berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 3

Kadar bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 adalah sebanyak:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN STR 2026 FASA 3
Isi Rumah berpendapatan
RM2,500 dan ke bawah
Belum Diumumkan
Isi Rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Jumlah bayaran STR sepanjang tahun 2026 adalah sebanyak berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
STR 2026
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA

TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 3

Sehingga kini, tarikh bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 belum diketahui. Sekiranya terdapat pengumuman rasmi, pihak kami akan muatkannya di sini.

JADUAL BAYARAN STR 2026

Jadual bayaran STR 2026 boleh dirujuk menerusi paparan berikut:

PERINGKATJADUAL BAYARAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Akan Dikemaskini
Fasa 4

RUJUKAN

Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment