STR HASIL GOV MY : SEMAKAN FASA 1
Bantuan kerajaan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan antara inisiatif bantuan kewangan kerajaan yang masih diteruskan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dalam menghadapi kepincangan ekonomi masa kini.
Hal ini sebelumnya adalah dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) tetapi tujuan utamanya masih lagi sama iaitu adalah supaya dapat mengurangkan beban kos sara hidup bagi seisi keluarga mahupun bujang.
Bagaimanakah STR hasil gov my? Sila teruskan pembacaan bagi mengetahui info serta maklumat lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN SARA EKASIH 2025
SYARAT KELAYAKAN
Bakal penerima yang memohon haruslah semak senarai syarat kelayakan di bawah supaya lebih jelas anda berada dalam kategori yang mana. Senarainya adalah:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Setiap penerima yang telah lulus permohonan, akan menerima jumlah bayaran bantuan yang berlainan mengikut kategori kelayakan permohonan. Boleh rujuk di bawah untuk lebih jelas.
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH PEMBAYARAN STR HASIL
Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, jika terdapat sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini sejurus sahaja dihebahkan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR
Untuk pembayaran, penerima boleh lah merujuk dua cara di bawah untuk menerima bantuan ini.
- a. Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- i. Tiada maklumat akaun bank
- ii. Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
SEMAKAN STR HASIL GOV MY
Terdapat beberapa langkah untuk penerima membuat semakan sama ada pernohonan yang telah diisi layak menerima bantuan atau tidak. Sila rujuk langkah-langkah di bawah dengan teliti.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Hal ini kerana, kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna sahaja.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].
Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas, anda juga disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.