STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE

Pada tahun 2025 ini, kerajaan telah menaikkan kadar bantuan kepada maksimum untuk kategori isi rumah sebanyak RM4,600 berbanding RM3,700 pada tahun lalu. Kategori bujang juga mengalami kelonjakan iaitu sebanyak RM600 berbanding RM500 pada tahun lalu.

Secara keseluruhan, program STR dan SARA pada tahun 2025 memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Bagaimanakah STR fasa 2? Ikuti penjelasan info serta maklumat dibawah.

BACA JUGA: MY KASIH 2025 SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 2

Penerima yang melengkapi semua syarat dibawah mengikut kategori adalah penerima bantuan:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN STR

Jadual dibawah menunjukkan tarikh bayaran bantuan STR 2025 fasa 2:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 2Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan bermula pada 3 April 2025.

Namun begitu, sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
Fasa 3 dan 4Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Pemberian kadar bantuan kepada penerima adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
1 hingga 2 Anak : RM 1,500
3 hingga 4 Anak : RM 2,000
5 Anak Keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
1 hingga 2 Anak : RM 750
3 hingga 4 Anak : RM 1,000
5 Anak Keatas : RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 600

SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 2

Penerima boleh membuat semakan status dengan merujuk panduan dibawah:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment