STR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS

STR FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR telah diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti keluarga yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) yang mana menghadapi kesulitan dalam ekonomi pada masa kini.

Bagaimanakah STR fasa 1? Ikuti info serta maklumat di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN SARA EKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh penerima STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH STR FASA 1

Setakat ini tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun, jika terdapat sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini sejurus sahaja dihebahkan.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah bergantung kepada kelayakan yang telah diluluskan. Rujuk rajah di bawah seperti berikut:

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BANTUAN STR
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 600

SEMAKAN STR FASA 1

Semakan status STR 2025 menerusi online boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah seperti dibawah:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan jangkauan pengguna. Untuk penjelasan yang lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Leave a Comment