SEMAKAN STR 2026 FASA 3

SEMAKAN STR 2026 FASA 3

Sumbangan Tunai Rahmah 2026 untuk Fasa 1 dan 2 telah pun disalurkan pada Januari dan Mac yang lalu. Kini, penerima yang berkelayakan terus menunggu untuk penyaluran Fasa 3 pula, yang bakal diumumkan oleh kerajaan Malaysia tidak lama lagi.

Kepada rakyat Malaysia yang menepati kelayakan tetapi tidak tersenarai sebagai penerima boleh membuat permohonan kembali dan mengemas kini data dalam MySTR secara dalam talian. Walau bagaimanapun, sekiranya diluluskan akan menerima bantuan pada Fasa 4, kerana permohonan dan rayuan bantuan bagi Fasa 3 telah ditutup.

Bagaimanakah semakan STR 2026 Fasa 3? Ikuti lagi pencerahan mengenai maklumat bantuan STR ini di bawah.

BACA JUGA: MYKASIH 2026 ONE OFF

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Berikut adalah syarat kelayakan yang dikemukakan untuk menjadi penerima bantuan STR 2026:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JADUAL BAYARAN STR 2026

Jadual bayaran STR 2026 adalah seperti berikut:

PERINGKATJADUAL BAYARAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Akan Dikemaskini
Fasa 4

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR 2026

Jumlah bayaran STR 2026 boleh dibuat semakan seperti jadual di bawah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN 2026
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBayaran bantuan digantikan dengan bayaran bantuan SARA

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026

Setakat ini, belum ada tarikh yang rasmi untuk penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 bagi Fasa 3. Apabila ada pengumuman dilakukan, kami akan kemaskini dengan segera.

KADAR BAYARAN STR FASA 3 2026

Kadar bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah sebanyak berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR 2026 FASA 3
Isi Rumah berpendapatan
RM2,500 dan ke bawah
Belum Diumumkan secara Rasmi
Isi Rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR

Pengkreditan bantuan STR kepada penerima yang layak adalah melalui dua kaedah bayaran mengikut jenis penerima seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SEMAKAN STATUS STR 2026 FASA 3

Status penerima bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 boleh dibuat semakan secara dalam talian dengan merujuk panduan di bawah untuk melakukannya:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Semua yang ditulis adalah perkongsian informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia semata-mata. Ianya adalah untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment