SEMAKAN MYSTR (2025 FASA 1)
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah serta sederhana yang betul-betul berkelayakan serta memerlukan bagi mengharungi cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi ini telah mengizinkan kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah yang berpendapatan rendah masih terus diberi bantuan seharusnya.
Bagaimanakah semakan mySTR? Ikuti penjelasan di bawah mengenai info serta maklumat dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN MYKAD 2025
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MYSTR
Syarat kelayakan bagi permemohonan mySTR 2025 adalah sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR
Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah 2025 adalah bergantung kepada kelayakan fasa permohonan yang telah diluluskan seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN MYSTR |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 tidak diumumkan lagi oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.
SEMAKAN STATUS MYSTR 2025
Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk Portal Rasmi STR dan panduan untuk membuat semakan status mySTR.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna. Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].