SEMAKAN EKASIH 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 BULANAN)
Program Bantuan SARA adalah khas untuk rakyat yang telah berdaftar dan tersenarai dalam pangkalan data eKasih. Bantuan ini diadakan supaya dapat membantu rakyat yang terkesan dengan ekonomi yang kian meruncing abad ini.
Bagaimanakah semakan eKasih 2025? Ikuti penjelasan dibawah untuk ketahui info serta maklumat lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN STR FASA 1 LOGIN
SEMAKAN KELAYAKAN EKASIH 2025
Rakyat yang layak menerima bantuan SARA eKasih ini adalah yang memenuhi syarat-syarat dibawah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN EKASIH
Kadar pembayaran bagi setiap kategori adalah berbeza. Kerajaan telah bersetuju meningkatkan jumlah bantuan untuk tahun 2025 ekoran respon positif rakyat yang menerima bantuan pada tahun 2024. Rujuk rajah dibawah untuk semakan:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH PEMBAYARAN SARA EKASIH
Tarikh rasmi untuk pembayaran bagi kategori penerima miskin dan miskin tegar telah dihebahkan oleh Kementerian Kewangan iaitu 15 Januari 2025, Rabu. Rujuk jadual di bawah untuk ketahui:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN EKASIH 2025
Penerima boleh membuat semakan menerusi dalam talian dengan menuruti langkah-langkah dibawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]