SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan belanjawan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Wang bantuan STR diberikan secara berperingkat mengikut fasa-fasa. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran telah diberikan kepada penerima yang layak dan lulus permohonan. Bayaran Fasa 3 dijangka akan diagihkan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN DERMASISWA B40 2024

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 akan dilakukan secara berperingkat iaitu Fasa 1,2,3 dan 4. Berikut adalah tarikh bayaran mengikut fasa :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024.
  • Fasa 2 : 3 April 2024.
  • Fasa 3 : Ogos 2024.
  • Fasa 4 : 4 November 2024

KAEDAH BAYARAN TUNAI RAHMAH

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak secara berperingkat mengikut tarikh yang akan diumumkan secara rasmi. Wang ini akan diberikan melalui kaedah seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status pengkreditan mereka tidak aktif.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024

Ikuti panduan lengkap semakan STR Fasa 3 seperti berikut:

  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
  3. Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
  4. Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
  5. Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
  6. Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
  7. Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
  8. Selesai.

Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2024”

Leave a Comment