SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL (FASA 4 2024)

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL (FASA 4 2024)

Bantuan Tunai Hasil (BTH) untuk Fasa 3 telah diagihkan 29 Ogos 2024 lalu sehingga September ini. Untuk Fasa 4, tarikh pengagihan akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan dalam masa yang terdekat. Bayaran Fasa 4 merupakan fasa terakhir dan baki daripada wang keseluruhan bantuan. Bayaran akan diberikan secara berperingkat dan berjadual. Penerima diminta untuk bersabar sepanjang tempoh pengagihan.

Bagaimanakah semakan Bantuan Tunai Hasil? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : LOGIN MYPDPP MOE (SEMAKAN KEPUTUSAN)

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 4

Semakan status kelayakan bantuan tunai hasil Fasa 4 2024 boleh dibuat sekiranya notis makluman mengenai tarikh pengagihan dikeluarkan. Anggaran pengagihan adalah bulan November atau Disember akan datang.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL

Syarat permohonan BTH setiap kategori adalah berbeza. Rujuk syarat kelayakan seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH

Pemohon

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS) Anak
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

Anak

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKID) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: – 18 tahun dan ke bawah; atau – 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS

KATEGORI BUJANG

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa

KATEGORI WARGA EMAS/TIADA PASANGAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas

SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL

Status Bantuan Tunai Hasil boleh disemak sekiranya notis tarikh pemakluman agihan dikeluarkan. Semakan boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman Utama Rasmi akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login.
  6. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  7. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  8. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  9. Sila klik [Semakan Permohonan].
  10. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat pembayaran.
  11. Selesai.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat selepas keputusan Fasa 4 diumumkan.

RUJUKAN

Untuk makluman atau panduan lanjut berkenaan BTH, boleh rujuk pihak berkuasa di:

Leave a Comment