SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR (FASA 4)

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR (FASA 4)

Semakan Bantuan STR boleh dibuat hanya secara online. Bagi penerima STR Fasa 3, proses pembiayaan tunai STR sedang dilakukan bermula 29 Ogos lalu. Fasa 4 akan diagihkan tidak lama lagi menurut pihak kerajaan, namun tarikh rasminya belum ditetapkan. Pemohon diminta untuk bersabar dengan proses semakan dan pengagihan bayaran STR kerana bayaran dibuat secara berjadual.

Bagaimanakah semakan Bantuan Tunai STR? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : BANTUAN BUDI MADANI : SEMAKAN STATUS 2024

KAEDAH BAYARAN

Bagi penerima yang lulus permohonan STR untuk fasa seterusnya, anda boleh tuntut wang bantuan melalui dua kaedah iaitu:

  • Tunai di cawangan-cawangan BSN yang berdekatan bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank yang aktif.
  • Wang akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

SEMAKAN AMAUN BANTUAN STR

Amaun bantuan akan ditunjukkan pada paparan STR setelah pemohon membuat semakan. Bagi Fasa 4, baki bayaran daripada jumlah keseluruhan mengikut kategori adalah seperti berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

  • 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 200 – RM 700

Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000

  • 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 150 – RM 350

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM 150

Bujang 21 ke 59 Tahun

  • RM 100

SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR

Cara semakan bantuan STR dibuat secara online dan sama untuk setiap fasa. Berikut merupakan panduan untuk log masuk STR dan buat semakan status STR Fasa 4:

  1. Layari pautan rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
  4. Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
  5. Pemohon berjaya login STR.
  6. Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
  7. Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
  8. Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
  9. Sila klik [Semakan Permohonan].
  10. Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
  11. Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
    • Tarikh Kredit.
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit.
    • Nama Penerima.
    • Fasa Pembayaran.
    • Jumlah Dikredit.
    • Status Kredit.
    • Nama Bank dan No akaun.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat di atas telah dirujuk daripada portal yang sahih. Pemohon dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan palsu bagi mengelakkan perkongsian data peribadi kepada scammer.

Untuk info lanjut atau hebahan berkenaan STR, boleh rujuk di:

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN TUNAI STR (FASA 4)”

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat mengenai semakan status permohonan dan proses mendapatkan semula kata laluan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Panduan yang diberikan sangat berguna, terutama bagi mereka yang ingin memastikan status permohonan mereka atau menghadapi masalah akses ke akaun MySTR.

    Bagi pemohon STR 2025, penting untuk sentiasa merujuk kepada portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini. Selain itu, sekiranya menghadapi sebarang kesulitan, hotline yang disediakan boleh dihubungi untuk bantuan lanjut.

    Untuk mengelakkan masalah kehilangan kata laluan di masa hadapan, pemohon disarankan untuk menyimpan maklumat log masuk dengan selamat serta memastikan alamat emel yang didaftarkan sentiasa aktif. Dengan mengikuti langkah-langkah yang betul, proses semakan dan pengurusan akaun MySTR akan menjadi lebih mudah dan lancar.

    Reply

Leave a Comment