SEMAKAN BANTUAN TERKINI MYKASIH (PENERIMA 2025)

SEMAKAN BANTUAN TERKINI MYKASIH (PENERIMA 2025)

Seramai 5.4 juta penerima dikatakan akan menerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 bermula 1 April 2025 ini berbanding 700,000 penerima yang sedia ada.

Peruntukan yang disediakan untuk bantuan SARA dan STR untuk tahun 2025 ini adalah sebanyak RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya yang mana telah dijelaskan dalam Belanjawan 2025 sebelum ini.

Bagaimanakah semakan bantuan terkini MyKasih? Ikuti info selanjutnya dibawah untuk mendapatkan maklumat mengenai bantuan berikut.

BACA JUGA: PADANS SABAH 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TERKINI MYKASIH 2025

Penerima bantuan SARA boleh membuat semakan status dengan merujuk kepada dua pautan rasmi berikut:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

SEMAKAN KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN TERKINI MYKASIH

Kerajaan telah menetapkan bahawa kaedah penyaluran bantuan SARA ini adalah seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

Bayaran akan disalurkan SETIAP BULAN bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER
(Selama 12 Bulan)

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.

SENARAI BARANGAN MYKASIH

Penerima boleh menyemak senarai dibawah untuk pembelian barangan yang berdaftar MyKasih seperti berikut:

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment