SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS
Rakyat Malaysia telah dikhabarkan dengan berita baik oleh kerajaan iaitu bantuan belanjawan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 telah diperkenalkan. Wang bantuan akan diberikan secara berperingkat setelah semakan bantuan STR dilakukan oleh pemohon. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran telah diberikan kepada penerima yang layak dan lulus permohonan. Bayaran STR Fasa 3 dijangka akan diagihkan tidak lama lagi.
Bagaimanakah check status bantuan STR Fasa 3? Ikuti penjelasan dan panduan di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BARU BINGKAS SELANGOR (PDF 2024)
PENGENALAN BANTUAN STR FASA 3
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARa) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.
CARA BAYARAN STR FASA 3
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak secara berperingkat mengikut tarikh yang akan diumumkan secara rasmi. Wang ini akan diberikan melalui kaedah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status pengkreditan mereka tidak aktif.
*Pemohon dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum ke kaunter untuk tujuan penunaian.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2024
Bayaran bantuan STR Fasa 3 akan dilakukan dalam bulan Ogos 2024.
SEMAKAN BANTUAN STR FASA 3 2024
Ikuti cara semakan status bantuan STR Fasa 3 2024 seperti di bawah:
- Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, tekan butang [Semak] dan sahkan kod keselamatan.
- Masukkan kata laluan yang tepat dan tekan [Log Masuk].
- Tekan pada ruangan [Semakan Permohonan].
- Pemohon perlu mengesahkan maklumat yang dipaparkan adalah benar.
- Periksa status permohonan dan maklumat pembayaran sekiranya lulus.
- Selesai.
Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
RUJUKAN
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 3 2024, boleh hubungi pihak bertanggungjawab di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]
0750241700000224 bsn nama mohamad farhan nazmi , sya minta masuk la bantuan str ya
03822071084 NURUL NABILA BINTI MOHAMAD
Acc bank bsn 0750241700000224 nama mohd farhan nazmi terima kasih.