SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025 (RM100 SETIAP BULAN)
Program Bantuan SARA Rahmah adalah program kerajaan di bawah MyKasih yang diadakan untuk disalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup.
Kaedah agihan bantuan SARA Rahmah 2025 di bawah MyKasih adalah berlainan dengan agihan bantuan lain kerana ia akan diagihkan tanpa tunai melalui kad pengenalan penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semakan bantuan SARA Rahmah? Ikuti info dan maklumat di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN STATUS FASA 1 2025
SEMAK SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan SARA Rahmah 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di
- bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN SARA RAHMAH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
Seterusnya, pembayaran bantuan SARA Rahmah 2025 adalah secara ansur (RM100/RM50 sebulan) serta berperingkat mengikut negeri yang didiami penerima adalah seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA RAHMAH 2025
Individu yang ingin membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, boleh semak secara dalam talian di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]