SEMAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Kerajaan Negeri Sabah telah berhempas pulas dalam mewujudkan pelbagai inisiatif dan bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan miskin dan miskin tegar.

Hal ini berlaku kerana Sabah merupakan salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.

Justeru itu, Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 diwujudkan supaya kadar kemiskinan tegar di Sabah dapat dibasmi terutamanya di kawasan pedalaman.

Bagaimanakah semakan bantuan Sabah? Ikuti penjelasan lanjut dibawah bagi ketahui info serta maklumat tambahan dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN SARA EKASIH

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini yang mungkin terlepas pandang dalam pemberian bantuan sebelum ini.

Daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di bawah miskin tegar di Malaysia, jumlah di Sabah adalah meliputi 38 peratus atau 6,937 daripadanya. Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, sebanyak tujuh daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara adalah direkodkan di Sabah.

Oleh itu, Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 ini akan dilakukan secara berperingkat yang diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ). Pada peringkat awalnya akan mensasarkan kepada 100,000 penerima dengan harapan agar dapat memberikan sedikit keselesaan khususnya semasa musim perayaan utama.

Selain membantu dari segi kewangan, ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih terjaga dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang memerlukan.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh penerima bantuan Sabah ini adalah:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

KADAR JUMLAH BANTUAN SABAH

Kadar bantuan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah sebanyak RM300 sebulan selama setahun membabitkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM300

Pelaksanaan bantuan ini adalah secara berfasa dan dalam bentuk pakej yang akan bermula pada Februari 2025. Walaubagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa apabila dihebahkan nanti.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH

Sehingga kini, pihak Kerajaan Negeri Sabah belum membuka sebarang portal rasmi untuk semakan status atau status penerima yang layak. Makluman akan diberi oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment