SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025 (RM100 SETIAP BULAN)
Program MyKasih adalah pada awalnya diperkenalkan oleh NGO tempatan dan telah mendapat peruntukan oleh kerajaan sebagai untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana supaya dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup pada masa kini.
Bagaimanakah semakan bantuan eKasih? Ikuti info dan maklumat lanjut yang dijelaskan di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN STATUS FASA 1 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH
Beberapa syarat kelayakan mestilah ditepati bagi menerima bantuan eKasih ini iaitu seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
JUMLAH BANTUAN SARA EKASIH
Umumnya, jumlah bantuan adalah berbeza mengikut kategori yang akan disalurkan secara bulanan dengan kaedah tanpa tunai kedalam MyKad penerima berdasarkan kelayakan masing-masing.
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (MISKIN & MISKIN TEGAR EKASIH) | KADAR BANTUAN (PENERIMA STR 2025) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga Emas tanpa pasangan | RM 1200 (sebulan RM 100) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (sebulan RM 50) | – |
TARIKH PEMBAYARAN KEPADA PENERIMA
Berdasarkan makluman, pembayaran bantuan MyKasih adalah secara ansuran serta berperingkat mengikut negeri seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025
Kemudiannya, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2024, setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi serta maklumat terkini tentang bantuan kerajaan Malaysia bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]