SEMAK STR BUJANG (FASA 1 2025 BANTUAN)
Berdasarkan belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan bukan sahaja kepada kategori isi rumah malah kategori bujang juga turut tidak ketinggalan. Antara bantuan yang diberi adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana kadar bantuan yang disalurkan adalah mengikut kategori serta jumlah pendapatan pemohon yang telah lulus permohonan.
Bagaimanakah semak STR bujang? Sila ikuti info dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL (BANTUAN FASA 1 2025 SEMAKAN)
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON STR
Pemohon boleh semak syarat kelayakan bagi permohonan bantuan STR 2025 seperti berikut:
- Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN STR BUJANG
Seperti yang telah dihebahkan oleh media Kementerian Kewangan, jumlah bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 untuk setiap kategori adalah seperti rajah di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini sejurus dihebahkan.
PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025
Kaedah pembayaran bagi bantuan STR 2025 bagi penerima yang berstatus lulus adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
- Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
SEMAK STR BUJANG
Pemohon boleh mula menyemak status kelulusan STR 2025 Fasa 1 serta bayarannya secara online seperti di bawah:
- Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Selain itu, anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]