SEMAK STR (2025 ONLINE FASA 1)

SEMAK STR (2025 ONLINE FASA 1)

Program STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan memerlukan bagi menghadapi cabaran kos sara hidup pada masa kini. Kerajaan juga berusaha untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 bagi memastikan isi rumah berpendapatan rendah sentiasa diberi bantuan sewajarnya.

Kerajaan juga telah memaklumkan bahawa permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Oleh itu, pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa pada sepanjang tahun.

Bagaimanakah semak STR? Sila ikuti info dan panduan lanjut di bawah.

BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Individu yang memenuhi kategori kelayakan seperti berikut adalah layak memohon STR 2025:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk juga OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang mana masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

SEMAK JUMLAH BAYARAN STR 2025

Jumlah bayaran bantuan STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

TARIKH BAYARAN STR 2025

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.

KAEDAH BAYARAN STR 2025

Bagi kaedah pembayaran bantuan STR 2025 adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • i. Tiada maklumat akaun bank
      • ii. Status pengkreditan gagal kredit

SEMAK STR

Pemohon boleh membuat semakan status STR 2025 menerusi online seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan boleh menghubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini bagi memudahkan carian pengguna. Bagi mendapatkan penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Leave a Comment