SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH (FASA 4 2024)
Semakan Bantuan STR boleh dibuat hanya secara online. Bagi penerima STR Fasa 3, proses pembiayaan tunai STR sedang dilakukan bermula 29 Ogos lalu. Fasa 4 akan diagihkan tidak lama lagi menurut pihak kerajaan, namun tarikh rasminya belum ditetapkan.
Penerima boleh menuntut wang Rahmah secara tunai di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan atau pengkreditan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan semasa memohon STR.
Bagaimanakah semak Bantuan Tunai Rahmah? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAK ISMP KPM 2024 : BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH
Login ke portal rasmi STR terlebih dahulu sebelum meneruskan semakan status. Ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Selesai.
Setelah pemohon login ke portal STR, pemohon boleh mula menyemak status kelulusan Fasa 4 serta bayarannya seperti di bawah:
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Pemohon perlu membaca status permohonan STR dengan teliti setelah menekan [Semakan Permohonan]. Terdapat dua (2) status Lulus yang akan tertera iaitu berkaitan Kelulusan Asas STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
RUJUKAN
Semua info dirujuk oleh pautan rasmi LHDN. Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]