SARA 2025 SEMAK STATUS : PENERIMA BANTUAN MYKASIH (RM1200 & RM900 & RM600)
Pelbagai bantuan telah diadakan oleh kerajaan bagi inisiatif membantu rakyat Malaysia antaranya adalah bantuan SARA. Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan program di bawah MyKasih yang bertujuan untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan bebaban kos sara hidup rakyat Malaysia.
Tetapi, kaedah agihan bantuan SARA adalah berlainan dengan agihan bantuan lain kerana ia akan diagihkan bukan secara tunai tetapi melalui kad pengenalan penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran seluruh Malaysia.
Bagaimanakah SARA 2025 semak status? Baca dan ikuti maklumat di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS EKASIH 2025 (RM100 SETIAP BULAN)
SEMAK SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
Penerima bantuan SARA 2025 ini haruslah menepati senarai syarat kelayakan yang dikenakan seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BAYARAN BANTUAN
Pemberian tunai kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 bagi setiap
kategori adalah seperti yang telah disenaraikan di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN (RM) |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH PEMBAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Seterusnya, pembayaran bantuan SARA 2025 adalah secara ansur serta berperingkat
mengikut negeri yang didaftar oleh penerima seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SARA 2025 SEMAK STATUS
Kemudiannya, untuk membuat semakan status sebagai penerima bantuan SARA pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih:
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR:
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]