PADANS SABAH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Pelbagai inisiatif bantuan telah dilakukan oleh kerajaan Negeri Sabah untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya sewaktu perayaan utama di negeri ini.
Oleh hal demikian, Program Sentuhan Kasih Rakyat telah diperkenalkan dengan mensasarkan kepada 100, 000 orang penerima pada peringkat awal. Kerajaan amat berharap agar bantuan ini dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan yang disasarkan itu.
Apakah PADANS? Sila ikuti penjelasan dibawah untuk mengetahui info serta maklumat selanjutnya.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS E KASIH
APA ITU BANTUAN SABAH
Rakyat Sabah yang tergolong sebagai miskin dan miskin tegar dalam Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) adalah sasaran utama kepada bantuan Sabah ini.
Pelaksanaan program ini adalah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2025 iaitu sebagai suatu inisiatif dalam pembasmian kemiskinan di negeri tersebut.
Program Sentuhan Kasih Rakyat ini dilaksanakan dengan pemberian bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada penerima selama tempoh setahun sehingga 31 Disember 2025.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA PADANS
Bantuan ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu ada pada penerima iaitu:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH BANTUAN DISALURKAN
Kadar pemberian bantuan kepada penerima yang berkelayakan telah ditetapkan seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 Jumlah bayaran adalah untuk tempoh tiga bulan serentak. |
TARIKH PENGKREDITAN PENERIMA PADANS
Penyaluran bantuan ini kepada penerima yang juga tergolong dalam Pangkalan Data Negeri Sabah adalah bermula pada:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025, Rabu |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Oktober – Disember 2025 |
Untuk penyaluran bagi Fasa 1 adalah kepada penerima golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.
Permohonan yang dibuat dan diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada bulan Februari hingga April 2025 dan penyaluran bantuan akan bermula pada bulan Mei 2025 kepada penerima yang layak.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SABAH
Penerima akan menerima manfaat daripada bantuan ini melalui tiga cara iaitu:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO
PORTAL RASMI PADANS SEMAK STATUS PENERIMA
Panduan dibawah adalah untuk membuat semakan status penerima sama ada layak atau tidak. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Tekan butang (Semak).
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, http://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik (Semak).
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Setia perkongsian kami disini hanyalah supaya dapat memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda disarankan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
check status
Kenapa bayaran tunai yang tiada acc bank masih lagi belum diagihkan….sedangkan sudah masuk bulan ke 4..untuk fasa 2..tolong lah usahakan…kepada penerima bantuan yang tiada acc..terima kasih
Penama layak menerima tetapi sehingga kini belum lagi di keriditkan d akaun bank penerima yg ada akaun bank
Saya suda daftar awal tapi masih belum dapat.sekarang suda masuk fasa kedua.
Pembayaran fasa 2 bila dilakukan? Tak lama lagi hujung bulan sudah..sedangkn fasa pertama blm ada yg dbuat pembayaran..harap dipercepatkn lah utk kegunaan golongan yg memerlukan