MYSTR SEMAKAN STATUS (2024 FASA 4)
MySTR 2024 telah pun berada di Fasa 3 pengagihan. Kemudian, agihan Fasa 4 akan menyusul untuk fasa terakhir STR sesi tahun ini. Segala makluman baharu akan dihebahkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib di laman MySTR sebagai rujukan masyarakat.
Sebarang makluman atau perkongsian maklumat peribadi daripada laman web yang meragukan hendaklah diabaikan. Ini bagi menjaga maklumat peribadi anda daripada tersebar kepada individu tidak bertanggungjawab.
Bagaimanakah MYSTR SEMAKAN STATUS? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN MENGUNDI (DAFTAR PEMILIH)
MYSTR SEMAKAN TARIKH
Menurut jangkaan, STR Fasa 4 akan diagihkan pada bulan November atau Disember akan datang. Pihak kerajaan akan memaklumkan tarikh tetap secara rasmi dan sebarang pindaan juga akan dihebahkan dari masa ke masa.
Bagi pemohon yang baru ingin memohon STR, anda boleh memohon untuk Fasa 4 ini. Tarikh hantar borang masih dibuka sehingga 30 September 2024 ini di portal rasmi STR.
MYSTR SEMAKAN STATUS
Semakan status kelayakan penerimaan wang bantuan STR boleh disemak melalui portal MySTR yang sahih seperti di bawah:
- Layari pautan rasmi : PORTAL SEMAKAN STR.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan]. Terdapat dua status kelulusan:
- Status Kelulusan Asas STR.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARa).
- Selesai.
Sekiranya lulus Asas STR, pemohon perlu klik pada butang [MAKLUMAT BAYARAN] untuk mengetahui status bayaran STR sama ada telah dikreditkan ke dalam akaun yang tertera atau belum. Namun, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun, boleh tuntut wang tersebut secara tunai di cawangan-cawangan BSN.
MYSTR SEMAKAN AMAUN
Amaun STR juga boleh disemak apabila pemohon log masuk ke portal MySTR. Berikut merupakan amaun untuk STR Fasa 4 mengikut kategori:
Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 200 – RM 700
Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000
- 0 hingga 5 atau lebih anak : RM 150 – RM 350
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 150
Bujang 21 ke 59 Tahun
- RM 100
RUJUKAN
Untuk info lanjut atau hebahan berkenaan STR, boleh rujuk di:
- Laman Web Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]