MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3

MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 3

Kerajaan Malaysia dalam pembentangan Belanjawan 2026 menyatakan bahawa banyak perubahan baik yang dilakukan untuk bantuan STR 2026 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan yang sewajarnya.

Jumlah pemberian bantuan kepada setiap kategori juga telah dinaikkan dengan harapan bebanan hidup yang ditanggung oleh rakyat dapat diringankan.

Bagaimanakah MySTR 2026? Sila rujuk artikel di bawah bagi mendapat beberapa informasi penting berkenaannya.

BACA JUGA: DAFTAR BINGKAS SELANGOR

SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2026

Syarat kelayakan yang digariskan untuk memperoleh bantuan MySTR pada tahun 2026 adalah:

  1. Isi Rumah
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin (ada atau tiada anak);
    • Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
  2. Warga Emas
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  3. Bujang
    • Warganegara Malaysia;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
    • Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

DAFTAR AKAUN MYSTR 2026

Pemohon hendaklah mendaftar akaun MySTR 2026 bagi memperoleh bantuan STR. Ikuti langkah berikut:

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. Klik butang (Semak).
  6. Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. Selesai.

LOGIN MYSTR 2026

Setelah anda siap daftar, lakukan langkah berikutnya di bawah untuk login akaun MySTR bagi mengaktifkan pendaftaran:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan Str
    • Jumlah Telah Dibayar
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
    • Status Kelayakan SARA
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
    • Perubahan Maklumat Permohonan
    • Cetak Permohonan
    • Semakan Permohonan
    • Kemas Kini Maklumat Asas
    • Tukar Kata Laluan
    • Maklumbalas
    • Peti Mel
  12. Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR 2026

Kadar bayaran bagi bantuan STR 2026 adalah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN STR 2026
(SETAHUN)
Isi Rumah B400 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM600
Bujang

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026

Jumlah bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR 2026
(FASA 3)
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah
Belum Diumumkan
Isi Rumah
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,501 hingga RM5,000
Warga Emas Tiada Pasangan
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM5,000 dan Ke Bawah
Bujang
Berpendapatan Kasar Bulanan
RM2,500 dan Ke Bawah

TARIKH PENYALURAN STR FASA 3 2026

Sehingga kini, tarikh penyaluran bantuan STR 2026 bagi Fasa 3 belum lagi dihebahkan oleh Kementerian Kewangan. Kami akan maklumkan info terkini mengenai bantuan sejurus sahaja terdapat hebahan maklumat terkini oleh pihak kementerian.

JADUAL PENYALURAN STR 2026

STR 2026 disalurkan secara berperingkat. Sila rujuk jadual penyaluran di bawah:

FASAJADUAL PENYALURAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Belum diumumkan
Fasa 4

RUJUKAN

Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747.
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566.
  • E-mel : [email protected].
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment