MYBRAIN 2.0 APPLICATION 2024 : PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan satu program biasiswa iaitu Program MyBrain 2.0. Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang akan mengikuti pengajian di peringkat Pasca Ijazah (Ijazah Sarjana dan PhD) secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara. Terdapat beberapa pemilihan bidang pengajian yang akan dibuka kepada pemohon.
Bagaimanakah MyBrain 2.0 Application 2024? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : CARA MOHON PDPP KPM : DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN KPM 2024
PENGENALAN MYBRAIN 2.0
Permohonan biasiswa MyBrain 2.0 diperkenalkan untuk individu melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.
SYARAT KELAYAKAN MYBRAIN 2.0
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan biasiswa MyBrain 2.0:
- Pemohon merupakan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau Pensyarah IPTS terpilih.
- Had umur pada tahun permohonan seperti berikut :
- orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan
- Ijazah Sarjana: 26 Tahun
- Ijazah Kedoktoran (PHD): 36 Tahun
- Pensyarah IPTS
- Ijazah Sarjana: 36 Tahun
- Ijazah Kedoktoran (PHD): 46 Tahun
- orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan
- Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan/biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran/elaun pembantu penyelidik siswazah/pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah biasiswa.
- Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini.
- Telah menerima surat tawaran penuh/tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih.
- Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2024/2025;
- Pemohon pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan.
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik.
- Pemohon dan ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak kerajaan.
TARIKH MYBRAIN 2.0 APPLICATION
Permohonan ini mula dibuka pada 1 Ogos2024 (Khamis) sehingga 21 Ogos 2024 (Rabu). Pengendalian permohonan adalah secara atas talian sepenuhnya.
PERMOHONAN MYBRAIN 2.0 2024
Permohonan biasiswa MyBrain 2.0 boleh dilakukan dengan mengikut langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/.
- Pemohon dinasihatkan untuk membaca segala maklumat yang tertera.
- Kemudian, pemohon perlu menandakan [/] sebagai perakuan membaca semua maklumat yang diberi. Tekan butang [Mohon Sekarang].
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan butiran yang diperlukan. Tekan butang [Daftar].
- Kemudian, pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan sebelum menekan [LogMasuk].
- Seterusnya, isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Pemohon diminta untuk memuat naik dokumen yang diperlukan.
- Setelah selesai melengkapkan maklumat dan memuat naik dokumen, hantar permohonan tersebut.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya tuan/puan mengalami sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, boleh rujuk di sini:
- Laman web rasmi : https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/
- Nombor Telefon : 03 8000 8000 (MyGCC)